Monday, 31 December 2012

Tahun baru ku kini di merbok :)



ini pertama kali buat entry tulis tajuk dulu baru tulis isi dia. tah pape kan tajuk? ni kalau sape2 baca, mesti kene bahan kan. walaupun dalam hati je. ohmaiiiii T_T

sambil menaip sambil makan m&m kawan bagi, perisa peanut. rasa dia macam makan coklat apetah tu yang dalam plastik kaler merah tu. lupa lah nama dia :( hahaha tapi takpaaa coklat ni pun orang belanja. mahaiii tau dak dia beli, ada harga kat plastik coklat tu. sedih tengok nya Y_Y

rasa kelakar sangat bila tulis ni. macam tah papeeee je. nak cakap apa pun taktau. nak sembang dengan orang, sini mana ada orang. oh lupa. ni dah malam. esok ada kelas pagi. nak kene iron baju, tapi tu kerja last-last sebelum tido. sebabtu bila iron baju, selalu tak perfect pun baju tu hilang kedutan. buat kerja sambil lewa je~ pernah aritu buat kerja apa tah sambil baring, pastu mama kata "cubalah buat kerja sambil duduk" hahahahha terasa taww kat situ. makan pun nak sambil baring jugak. mengada much kan?

ni nanti sebelum tidur nak tengok bimbi dan bonni lah. fon tengah cas. harap2 boleh tengok movie tu pastu baru tido. penat sangat lah harini. dengan tidur tak cukup nya. haiyaaaaaa

macam biasa lah, ni entry tahun lepas. kejap lagi kalau post lambat sikit je, dah jadi entry tahun depan. sekejap je masa berlalu. dah nak masuk tahun baru.

apa yang paling aku menyesal penah buat selama ni? taktahu lah. kalau nak kata pasal study, smua rasa nya okay. walaupun aku ni bengap lah jugak sikit. dengan slowww nye lagi lahmak haiii kawww haaa nasib baik last2 minit ada jugak effort nak belajar betul2. takut betul dengan sem 4 ni T_T nampaknya bukan honeymoon semester dah kali ni :( kene struggle lagi teruk dari sebelum ni. subjek yang belajar semua susah gilerr nak ingat. faham tu faham. tapi kalau dah keturunan makan kepala ikan kan, payah betul lah nak menghafal ni. hm takpa, kita cuba yang terbaik k? hehehe

hye semua orang~ rasa kelakar tak aku cerita macam tah pape niii. esok lusa kalau ada yang kata, i read ur blog. rasa kelakar nyeeeeeeee :p tadi pon ada yang kata dia baca apa tulis. ape lahhhh lawak sangat. sanggup nah kau baca semua ni :D aku pun taktau nak tulis semua ni untuk sapa baca. kalau gambar? ada banyaaaaak gambar. tapi takde masa nak bubuh watermark bagai. cemana nak upload kan. tengok lah nanti kalau ada permintaan baru lah bubuh. tu pun kene usahakan jugak tu. hahaha

ini kalau pakwe baca mesti kene gelak ni. buang tebiat aku meroyan sorang2 kat sini Y___Y
banyak sangat pulak emoticon sedih, nangis dekat sini. macam bosan kan? huhuhu entah lah. memang tengah bosan. ok, time to iron baju. *padahal pegi tengok bende lain*

selamat menyambut tahun baru masihi semua :)

sembang sampah (borak kosong)



harini hari terakhir dalam tahun 2012. sigh. bagitahu bende yang orang dah tahu buat apa kan? sebenarnye apa yang orang nak tahu? kalau lah ikut apa yang aku rasa nak tahu, buat masa ni apa yang nampak depan ata itu lah yang nak diambil tahu. tapi sekadar sekali lalu, lepastu buang entah ke mana. bukan nak sangat buang pun, tapi dah ada bende lain yang jump into our brain lepastu kita kene fikir, lupa dah perkara pertama yang kita fikirkan. betul tak? hahaha

apa lah aku nak sembang ni. hanya tulisan. takde gambar. sekarang ni ada gap kelas. sekarang pukul 2.22 (waktu entry ditaip) jap lagi pukul 3.15 dah kene bersiap-siap untuk kelas seterusnya. malang betul, tak boleh sambut new year . tapi memang tak pernah sambut pun. macam pegi party ke sambut kat dataran ke, tak pernah hokeyyy. bahek tak hakak? ahaha entah. rasa nak cuti je. kalau cuti, tak payah fikir masalah yang ada.

kali ni dah ada assignment yang nak kena di selesaikan. aku ni kan sebenarnye tak berapa minat nak buat kerja dalam kumpulan. tapi lecturer suka bagi kerja dalam kumpulan. aku macam nak take advantage, biar orang buat kerja, aku dapat nama. tapi aku yakin dan pasti mesti nama aku paling busuk sekali lah nanti. hahaha no no no takmau takmau buat macam tu k? ;)

sepanjang aku tulis ni, bukan baca balik pun apa aku tulis, andai ada typo ke, ketidakfahaman ayat aku ke, lantak kkorang lah eh. hahaha taklah.. kalau tak faham pape, jom kita gelak sesama dalam ruangan komen tu :p kenapa bahasa kan diri aku eh? kenapa tak guna yang lembut sikit? tapi bila guna yang lembut sikit, rasa segan lah pulak. sendiri nak baca pun segan. hahahahaha

entah kenapa ada entry ni? taktau. bukan takda kerja nak buat. ape tah yang aku nak ni sekarang. aku ada masalah sikit kalau orang yang suka marah ni. pastu nanti bila kau dah okay, aku tetap teringat lagi yang aku kene marah. tak boleh nak lupa. macam mana lah orang boleh lupakan sesuatu tu dengan mudah je. aku ni pun pelupa jugak, tapi bila tiba-tiba terfikir, haaa jadilah teringat balik. haa gituuu kaww :D

semalam baru nak tahu macam mana guna usb untuk cucuk kat laptop. lama dah aku nak belajar bende ni. tak sangka senang gilerr nak buat. hahaha rasa tolol sangat je aku. pastu sekarang rasa nak buat broadband ni ada wifi dah berkurangan. nanti lah buat. sebabnya cuma nak guna wifi kat fon untuk scan bar kod weChat je. macam tak berbaloi pulak beli internet mobile semata-mata nak buat macam ni kan. takpe lah simpan duit. awak tu bukan banyak duit pun...


Sunday, 30 December 2012

luahkan apa yang tak terluah oleh kata-kata hanya di hujung jari



Assalamualaikum :)
sekarang dah semester 4, duduk dekat merbok lagi. ade 'belen' lagi 3 sem nak habiskan diploma ni. lama ke? aku ni kadang2 rasa lama. kadang2 rasa sekejap je. selalu nya bila dah final, rasa sekejap. bila cuti rasa sekejap. bila belajar, baru lah nak rasa lama. hahaha macam ape aje kan?

ni tulis je lah pape saja nak sembang, takda isi sangat pun. macam mana kehidupan aku sekarang? hmmm tak pasti lah. semuanya rasa macam okay. tapi taktau lah cemana. waktu tengah menulis entry ni, aku, mengantuk nye lahaii rasa. korang yang baca tak rasa mengantuk ke eh?

jap lagi malam nak pegi bilik yana, buat esaimen. asal buat esaimen sebelum-sebelum ni je mesti aku dok tercongok je kat tepi org, sebab laptop kan takde nak buat kerja. aku tinggalkan kat rumah waktu 3 minggu pertama, sebelum cuti mid sem haritu. ni dah bawak balik merbok dah. bawak dengan 2 novel lagi tu. nampak tak betapa aku sediakan barangan bila bosan? ahaaa

lagi nak cerita apa eh? nak gambar ke? nanti lah bila rajin nanti up entry bergambar pulak. sejak ada twitter ni rasa segan nak post kat blog. ini pun rasa taktau nak share kat twitter ataupun tak enty yang ni. rasa maluuuuuu giler orang baca. dah lah sampah je sembang. aku ni mana reti nak bersembang pung-pang dengan orang. tapi gelak, ketawa berdekah haaa tu aku punya favorite!

haritu abang tetiba tanya, aku punya blog nape tak aktifkan. amboi abang pun tau aku punya blog ni. hahahahahahaha ini rasa lawak giler! dalam blog ni dah lah ada cerita pasal jaga anak-anak dia dulu. waktu tu kecik lagi anak dia pun. maluuuu nye lahaiii :p lagi entah sape2 tah yang baca kan. menyampah tak korang baca? nanti kalau pakwe baca ke , kakak baca ke. mesti malu giler. hahaha poyo sangat kan?

sekarang dah bawak balik broadband dekat merbok. haritu sebelum bawak balik broadband kemain berangan nak update blog hari2 kononnn. huhhh tu pun harap2 terjadi lah betul2. ape bende lah aku cerita ni.  -___- macam cerita sebelum tidur aje kan?

eh! roomate kite ni baikkk~ ni dia tolong basuhkan baju kitewwww. huhuhuhuhu thank you roomate :) sabun+syiling semua pakai dia punya. hahaahaha siot je kan?

oklah. jumpa lagi lain kali. tak pon malam kejap lagi ke kan ;) korang jangan lah baca entry2 yang lama tu. maluuuu laaaaaa. hahaha okbye~ :p

kalau suka boleh lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...