Thursday, 13 August 2015

    15 SEBAB KENAPA PERLU MEMILIH MERVE GORGEOUS JUICE


    Untuk tempahan / pertanyaan:

    SMS / WHATSAPP 016-6572962

    APA KELEBIHAN GORGEOUS JUICE?

    1. Membuatkan kulit kita menjadi putih gebu dari wajah hingga seluruh badan.

    2. Menegangkan kulit yang kendur, mengurangkan kedutan dan menghapus garis-garis halus diwajah. Membantu merangsang badan bagi menghasilkan lebih banyak kolagen tersendiri.

    3. Mampu membantu pola tidur dan memberi tenaga pada tubuh badan setiap hari supaya lebih berstamina, bersemangat dan bertenaga.

    4. embantu kita memperoleh keberkatan dengan mengamalkan makanan sunnah dalam kehidupan seharian.

    5. Menyamaratakan kulit dan menutup pori-pori diwajah.

    6. Membantu bertindak sebagai anti-penuaan dan antioksidan untuk menjaga kesihatan dari dalam. Ia juga anti bakteria yang membersih kulit sehingga lapisan dermis yang terakhir serta mengaktifkan sel kulit baru.

    7. Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf, menguatkan otot, tulang dan memelihara kelenturan sendi.

    8. Formula yang berkesan untuk menangani warna kulit gelap dan kulit kusam disebabkan oleh penuaan, radikal bebas dan pendedahan cahaya matahari.

    9. Menggalakkan pemulihan cepat apabila berlakunya kecederaan, terutamanya luka yang bakal menyebabkan parut.

    10. Minumam ini sesuai untuk ibu mengandung, berpantang dan menyusukan.

    11. Memudarkan jeragat dan lingkaran gelap dibawah mata. Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik-bintik hitam, membasmi bakteria jerawat dan merawat parut di wajah.

    12. Mengandungi nutrien yang tinggi sesuai bagi ibu mengandung dan yang lagi penting meningkatkan penghasilan susu ibu dan kesannya dapat memberi kulit bayi cantik dan sihat.

    13. Meningkatkan pertahanan kulit dan mengurangkan kecenderungan kulit daripada dirosakkan oleh radikal bebas dan keradangan.

    14. Menguatkan akar rambut dan menajdikan lebih bermaya. Berupaya mencantikkan kuku dan sihat.

    15. Mengurangkan kadar kolestrol, mengurangkan selulit dan strenchmark.








    Untuk tempahan / pertanyaan:

    SMS / WHATSAPP 016-6572962



    Friday, 4 January 2013

    COPY - [Kisah Benar] Kerana dia seorang Ayah


    [Kisah Benar] Kerana dia seorang Ayah 

    Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

    Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

    "Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

    Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

    Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...
    Izzuddin Fauzi


    i miss my father :(
    taken from : AdaAkuKesah Page

    Wednesday, 2 January 2013

    asalkan panjang, tu dah okay dah


    apelah kan, pegi stalk isteri nabil pulak dah :0 cuma nak tahu je betul ke isteri dia lecturer? haritu kitorang semabng2 pasal dia. hahaha nabil pandai jugak speaking english. lancar je dia sebut. rasa hebat pulak bila tengok dia :)

    macam biasa, sini pun takde ape nak cakap sangat. tapi ada yang baca eh? ihiks lawak lah awak ni. awak yang baca ni, hello everybody~ ni ayat si bimbi dan bonni lah ni. setiap malam tengok cerita ni sikit2. pastu baru tertido. perangai orang yang tengok ni pun macam budak2 je. itu pasal layan cerita ni kan. hahaha :D

    untuk kyra, mas taktau nak komen kat blog kyra tu macam mana. terima kasih sudi komen kat sini aritu. ahaha kelakar nyeeee lahai. dah lah background blog mas ni pun macam kanak-kanak riang je. ni semua bende lama. malas nak edit. biarkan ajelah. bila kene kutuk nanti baru tahu erti penyesalan ;) 

    esok, kemungkinan nak pergi bbq dengan kawan-kawan sekelas. tapi tengok dulu lah macam mana. ada kata jadi, tiba2 tak jadi nanti. haaa jangan letakkan harapan yang tinggi sangat ajelah.

    minggu ni punye weekend mungkin sibuk sikit kot? semua subjek dah ada esaimen. buat nye belum lagi. dah kene marah, tapi tak buat2 lagi ;) marah ye awak? hehehe tak cakap pape pun suruh buat apa, pastu tiba2 marah :p 

    bila lah nak buat entry yang elok-elok sikit perangai ni. bila dah update blog ni kan, automatik kat twitter dah rasa tak berminat pulak nak main. hahahaha macam ape aje kan :D

    nampak tak otak aku cuma boleh berjalan setakat macam ni je. cakap bende kosong. takde hala tuju. takde matlamat. objektif pun tak ada. wahahaha sampai bila lah nak jadi macam ni. kalau nak ubah pun, takut nanti diri tak gembira pulak. sekarang dah macam ni, rasa gembira. kurang rasa nak marah. nak nangis ke ape semua yang negatif tu susah sikit nak rasa. hihihi yessss! best kan bilaa kita takde masalah nak kene selesaikan.. 

    baca blog orang, diorang punya merapu masih boleh diterima akal. ini blog ni, memang tak boleh terima akal lah. hahaha mintak lah pasal ape2 yang korang nak tahu. nanti aku tulis kan. haha :D

    kalau suka boleh lah

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...