Friday 11 November 2011

    Pengalaman Budak Baru (mungkin ada part)

    ENTRY TANPA GAMBAR

    Dah lama tak cerita pasal diri sendiri (sebelum2 nih penah eh cerita pasal diri sendiri? =.=)
    walaupun dapat banyak kutukan kalau kita cerita pasal diri sendiri. tapi aku tetap gagahkan hati menulis untuk taktau sape yang baca LOL



    Dah hampir 5 bulan aku kat uitm kedah (5 bulan mende! dah habis semester 1 dah) baru aku dapat kongsi cerita.. tu pun sebab aku kebosanan taktau nak buat ape dah sepanjang cuti semester ni. tapi cuti semester ni lah yang paling best bagi aku.. tak sama rasanya dengan cuti sekolah... sebab cuti semester ni lah kita boleh rehat habis-habisan.. lepas ni bila dah sambung part 2 balik mesti lagi bertambah sibuk kan? lagipun cuti sekolah dah ade dalam kalendar.. semua orang tahu bila sekolah akan cuti.TAK SURPRISE lah kalau macam tuh! hikhik



    buat permulaan.. aku nak kongsi pasal mula2 aku datang uitm dulu.. nostalgik betul aku rasa...



    sebelum aku nak berangkat ke kedah. aku dah siapkan mental. aku cakap kat diri sendiri, orang pertama yang aku jumpa kat kedah tu nanti, dia lah yang akan jadi kawan aku... aku pegi sana dengan tak kenal sapa-sapa. taktau ape yang aku akan belajar. barang-barang nak belajar pun aku tak bawak. aku cume bawak barang-barang yang aku guna waktu spm dulu je (sadis betul)




    aku sampai uitm dalam pukul 12 tengahari. prosedur dia senang je. masa sampai dalam uitm (still dalam kereta) ada orang bagi kunci bilik. dia kata family boleh naik bilik, tapi pukul 3.30 semua dah kena turun.. so, masa tu aku cuma ade lebih kurang 2 jam lebih je untuk mengemas. Kebanyakan barang-barang yang aku bawak bukan aku yang kemaskan masuk almari. tapi kakak ipar dan kakak dia yang tolong kemaskan barang2 aku. aku rasa terharuuu sangat. kalau takda diorang agaknya takdalah baju kurung aku tergantung elok guna hanger. takde lah meja belajar aku berbalut semua. nak tunggu aku yang buat? haremmm! ;)




    Bila dah nak pukul 2 lebih macam tu, aku turun gi makan kat dewan makan. bila pandang je makanan yang ada aku dapat rasa macam tak sedap. bila dah makan, memang betul pun tak sedap =,= masin. sampai sekarang pun (sebelum cuti sem) makanan kat dewan makan tu tetap masin T___T



    Dah habis makan, student baru ni semua kena beratur kat satu tempat ni (parking amende tah) kat depan pejabat kolej (kat sini jugaklah ada sukan kolej buat.hewhew) bila waktu beratur ni lah aku jumpa kawan aku yang sampai sekarang aku still kawan dengan diorang lagi ;)





    kami sama-sama tak mahu kena panas waktu tuh, jadinya kitorang berteduh bawah bumbung tempat parking kereta....... dekat sini lah aku jumpa chan dengan liyana (diorang kawan dari sekolah lagi) ... mula2 perkenalan memang sekor nama pun aku tak ingat. tetiba datang pulak lagi sorang (lara berrie) dia ni lagi tak boleh blah. kelam kabut semacam je. tetiba dia tanya waktu orientasi kena pakai tudung ke (aku pun taktau waktu orientasi kena pakai tudung..haha) macam ni je lah cara kitorang berjumpa masa mula2 tuh. pastu duduk sekali sepanjang orientasi 7 hari tuh :) sampai sekarang still kawan dengan diorang lagi.. hehehe





    lagipun kitorang satu kelas, jadi nya memang senang lah nak rapat. tapi sebenarnye bukan satu kelas. waktu nak bahagikan kelas, kitorang dapat kelas lain2. kecuali aku dengan chan. kitorang dapat kelas sama. koordinator kata, kitorang boleh tukar ikut suka sama suka ;) jadinya liyana dengan lara pun cari lah orang nak tukar... jadilah kami satu kelas KBM1121C :) next semester pun kelas yang sama.. cuma tukar 1C kepada 2C. ye lah kan dah naik sem 2 dah.. hehe




    Bila ingat2 balik , sekejap je masa berlalu~ aku dengan kawan-kawan sekolah menengah pun dah banyak lost contact (aku dah tak tukar2 nombor mcm dulu lg tau).. lagi2 semenjak aku dah takda fb ni.. harap2 mereka semua berjaya dalam bidang masing :)




    p/s : spm aku teruk (tp ade yg kata tak teruk sgt.terima kasih bagi semangat.) sebab tu aku pilih uitm. kalau spm aku bagus, dah lama aku masuk matrik. hehehe

    2 orang je yang komen:

    Tatsumi Ueda said...

    hahahah...yo..baca dh~

    i.k.o said...

    pehhh klu da spm ko truk akk lak cane? lol

    hmm ag 5 part tuuu.lame ag~
    papepn kwn leklok na kt sana.tamo gado2.huhu

    (org yg dpt 9a pn blom tentu kt u dy ok.depends rajen xrajen dy blaja.sooo adk blaja rerajen ok! haha)

    kalau suka boleh lah

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...