Tuesday, 6 April 2021

    PENGALAMAN CABUT GIGI BONGSU HORIZONTAL

     

     hehe seramkan dgr, apetah lagi bila kita yg kena lalui. jadinya persiapan sebelum nak cabut gigi, kita baca dulu pengalaman2 orang lain.


    Alhamdulillah pada saat cerita ni ditulis, adelah hari kedua selepas operation minor oral surgery (MOS) utk diri kita sendiri.

    Step yg dilalui sepanjang day 1 decide nak teruskan MOS adelah

    1) amek cuti, utk ke Dental Specialist Research Tower UM , Petaling Jaya

    Alhamdulillah, datang sebelum jam 8am, dapat no yg ke 8 walk in hehe

    Naik ke tingkat 2, utk pendaftaran, 

    bayaran RM5 utk pendaftaran. Hanya boleh guna online transaction

    E-wallet Touch n Go , QRPay and beberapa lagi, cash tak diterima. Senang jugak, takpayah withdraw duit byk2 nak bayar tawwww.

     Settle pendaftaran, guna no giliran yang sama tadi, utk mula dengan jumpa doktor. Yg ni kena tunggu lama sikit tapi tak sampai setengah jam gitu pon. Bila doktor dah panggil, masuk bilik doktor, kena start dgn kumur2 dulu. selama seminit, buat kiraan senyap2 dari no 1 hingga 60, kira mcm dah seminit lh tu haha pastu boleh buang.

    Pastu doktor pon start tengok2, ouhhh gigi ade impacted wisdom katanya.

    Dia pon suggest untuk ke Klinik Bedah Mulut , bangunan bersebelahan dengan tempat doktor sekarang ni, tingkat 1.

    Doktor yg sama juga tlg tentukan bila xray nak dijalankan.

    jadinya dapat buat xray pada pkul 10am.

    masa kat xray ni person charge ade tanya, ade pakai subang ? gigi palsu? cabut semua kalau ada. hahaha lepastu dia tanya dah kawen? tgh pregnant ke? mungkin xray ni bahaya utk ibu2 mengandung agaknya.

    okay settle xray, kena tunggu utk check up dgn doktor bedah mulut. dekat sini amek masa 1-2 jam juga nak selesai semuanya.

    bila dah masuk jumpa doktor bedah, doktor decide tarikh utk buat minor oral surgery. jangan takut, buat ajer. sebab nya bukan kita sorang yg kena lalui. dah berduyun2 org lain merasai dan mereka okayyyy saja. hehehe 

    dah dapat tarikh utk MOS iaitu pada 5 April 2021 hari Isnin.

    2) amek cuti, utk buat Minor Oral Surgery.

    sampai sebelum jam 8am, sebab dah ade appointment, dapat no giliran yg ke 2. hehehe

    pegi ke pendaftaran dulu, buat bayaran RM5. macam biasa kena guna online transaction sajer.

    lepas dah register, terus pegi kat klinik bedah n Alhamdulillah dapat jumpa semula doktor yg sama yg sebelum ni. diorang kan byk doktor kat situ haha kena redha jelh jumpa dgn mana2 doktor.

    yg paling best, bayaran cuma RM200 saje utk MOS dekat sini.

    tambahan RM20 utk PPE (staff nak guna sepanjang procedure) dan RM13 utk ubat-ubatan.

    Sepanjang pembedahan tu, amek masa dalam sejam juga nak siap semuanya. ade dengar bunyi drill mcm potong grill besi bunyi dia. hahaha

    Gigi kita ni sampai pecah 4 bahagian . takpelah, asalkan dia keluar. 

    kita cabut gigi geraham belah kiri atas dan bawah. mula2 doktor tutp dulu mata kita dgn kain, memang takkan nampak apa2 pon, agak selesa juga lah.

    sambil2 doktor godek2 gigi kita, kita takyah fokus kt cabut gigi, fikir jer bende apa yg paling best pernah jadi dalam kehidupan kita. mungkin feeling tu membantu juga utk semua kerja selesai dgn cepat. hahaha memudahkan urusan cabutan. hehe

    pastu dah settle cabutan, ade jahitan sikit, sebab ade potong gusi ke cemana tah kan. ade banyak video kat youtube kalau nak gi tengok.


    pastu tadaaa settle dah. bila bangun dari tempat baring, terasa lemah lutut jugak lah. ingatkan rasa kuat hebat tak takut 😆 rupanya tidak ya. ade jugak perasaan cuak tu wakakaka.

    Lepas pembedahan, gi amek ubat n buat bayaran RM200+RM20+RM13 total cuma RM233 saje untuk keseluruhan pembedahan ni. bayaran secara online sajer, masa ni kita bayar guna QRPAR, settle tekan2 QRPAY, bagi kat kaunter no reference sebagai record diorang.

    sepatutnya farmasi hospital bagi ubat tahan sakit yg paling kuat namanya CELECOXIB . tapi takde stock, jadinya dia sarankan utk kita pegi beli kat mana2 farmasi.

    pastu dapat balik dalam pukul 11am sampai umah. sebelum tu singgah farmasi beli ubat tahan sakit dulu. memang kat  farmasi KAISAR tu bagitahu kalau tanpa surat doktor, ubat tu takkan dijual. hebat kan. punya dahsyat ubat tu.

    jadinya dalam pukul 11am tu terus makan ubat tahan sakit paling kuat tu. Alhamdulillah harini hari ke2, masih takde rasa sakit melampau. makan bubur buatan sendiri pon rasa enakkkk banget.

    dekat farmasi hospital ade dapat ubat paracetamol utk 2 minggu, dgn utk kumur2 macam listerine gituu.

    dah start gosok gigi juga harini, hari ke2 selepas pembedahan, cuma bahagian sebelah kiri yg kena bedah ni tak gosok pon hahaha 

    pastu, yg kumur2 tu, belah kiri cuma lalukan je air tu, tak kumur2 pon. macam telengkan kepala belah kiri, supaya air tu kena kt bahagian operation. haa gitu lah. taktau lah betul ke caranya, asalkan tak berasa sakit. yg sakit pon kita jugak tanggungnya haha

    dapat MC 3 hari, hari pertama dikira dari tarikh pembedahan.

    Makan bubur supaya tak perlu kunyah2. 

    boleh mandi macam biasa. hari pertama seleas operation, tido malam pon lena jer. hukhuk

    lepasni kalau sakit lagi, nak terus makan CELECOXIB jer, sebiji ubat tu harganya RM4.90 you alls.

    tapi ubat tu terkawal, tak tahu kalau org yg takde surat doktor mcm mana nak beli ubat tu.


    keseluruhannya, memang puas hati buat MOS dekat  Dental Specialist Research Tower UM, Petaling Jaya. tak ramai orang pon, tempat duduk sentiasa ada. Alhamdulillah

    Yg jadi doktor nya adelah bekas pelajar UM sendiri. semestinya terlatih. pada kadar harga yang sgt sgt berpatutan.

    oh ya, selepas 7 hari dari tarikh pembedahan, dapat new appointment utk cabut benang kt tempat jahitan. so kita punya turn pada 12 April 2021 nanti. Moga2 segalanya dipermudahkan.Taksabar nak makan2 tanpa ada sangkut2 lagi kt celah gigi geraham tu. hehehe


    Thursday, 13 August 2015

    "JOY REVFA SOFIA" FOUNDER OF GORGEUOS JUICE BY MERVE



    MARI KENALI SIAPAKAH 
    JOY REVFA SOFIA?


    Untuk tempahan / pertanyaan:

    SMS / WHATSAPP 016-6572962

    'The Beauty Spells' : GORGEOUS JUICE BY MERVE

    Terokai Dunia Baru anda bersama

     

    Untuk tempahan / pertanyaan:

    SMS / WHATSAPP 016-6572962




    'The Beauty Spells'


    Beauty Never Fades


    Dengan perubahan menakjubkan dalam masa 2 minggu!
    Kembalikan keremajaan kulit anda yang mulus dan putih gebu dalam masa yang singkat. Bukan sahaja dapat mencantikkan kulit, malah mengandungi pelbagai khasiat dan diperkaya dengan makanan sunnah untuk tubuh badan bersama 9x kuasa formula terbaik untuk kecantikan dan kesihatan.
    Pasti ramai yang cemburu dengan cantikmu itu!

    Memperkenalkan keajaiban "THE BEAUTY SPELLS" produk kecantikan dan kesihatan pertama dari MERVE yang dimiliki oleh Merveilles Cosmetic Group Berhad iaitu GORGEOUS JUICE Supplement Instant Drink (minuman kesihatan segera) untuk kesihatan dan kecantikan wanita mahupun lelaki. Minuman kesihatan setiap hari yang berperisa buah Delima (Pomegranate Extract) dan mengandungi sejuta khasiat buah delima yang terkenal dengan kebaikan tubuh badan serta mencantikkan kulit. "Buah Syurga" ini juga dipercayai dapat merawat pelbagai penyakit dan mengandungi antioksidan yang terunggul.

    Sebelum menjaga kecantikan luaran, kita haruslah menjaga kecantikan dan kesihatan dalaman dulu, supaya tidak kelihatan kusam, tidak bermaya dan sentiasa bersemangat..barulah wajah kelihatan berseri-seri dan kecantikan anda semakin terserlah.

    Mengandungi formula Collagen, Vitamin C, Stem Cell, Bearberry, Pearl Powder dan Diamond Water dan diperkayakan juga dengan ekstrak makanan sunnah iaitu Pomegranate Extract (Buah Delima), Dates Extract (Kurma) dan Bee Pollen (Debunga Lebah). Amalan pengambilan gabungan ekstrak makanan sunnah ini bukan sahaja mampu menjadi pemangkin kepada kesihatan terunggul, malahan membantu kita memperoleh keberkatan dengan mengamalkan makanan sunnah dalam kehidupan seharian, Insya-Allah.

    Bukan sahaja packaging kotak sengaja dicipta kelihatan seperti sebuah Buku Misteri Fairy Tales ia juga seakan-akan Mantera Kecantikan yang amat menarik ditambah pula rasa yang sangat sedap dengan pati buah delima yang segar dan berkhasiat. Mengandungi 10 botol untuk satu kotak dan pastikan anda minum 2 botol sehari. Sila dapatkan 6 kotak untuk pengambilan selama sebulan. Doktor pakar kulit juga mengakui bahawa formula-formula yang digunakan amat mujarab dan berkesan mempercantikkan lagi kulit anda.
    Untuk tempahan / pertanyaan:

    SMS / WHATSAPP 016-6572962

    15 SEBAB KENAPA PERLU MEMILIH MERVE GORGEOUS JUICE


    Untuk tempahan / pertanyaan:

    SMS / WHATSAPP 016-6572962

    APA KELEBIHAN GORGEOUS JUICE?

    1. Membuatkan kulit kita menjadi putih gebu dari wajah hingga seluruh badan.

    2. Menegangkan kulit yang kendur, mengurangkan kedutan dan menghapus garis-garis halus diwajah. Membantu merangsang badan bagi menghasilkan lebih banyak kolagen tersendiri.

    3. Mampu membantu pola tidur dan memberi tenaga pada tubuh badan setiap hari supaya lebih berstamina, bersemangat dan bertenaga.

    4. embantu kita memperoleh keberkatan dengan mengamalkan makanan sunnah dalam kehidupan seharian.

    5. Menyamaratakan kulit dan menutup pori-pori diwajah.

    6. Membantu bertindak sebagai anti-penuaan dan antioksidan untuk menjaga kesihatan dari dalam. Ia juga anti bakteria yang membersih kulit sehingga lapisan dermis yang terakhir serta mengaktifkan sel kulit baru.

    7. Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf, menguatkan otot, tulang dan memelihara kelenturan sendi.

    8. Formula yang berkesan untuk menangani warna kulit gelap dan kulit kusam disebabkan oleh penuaan, radikal bebas dan pendedahan cahaya matahari.

    9. Menggalakkan pemulihan cepat apabila berlakunya kecederaan, terutamanya luka yang bakal menyebabkan parut.

    10. Minumam ini sesuai untuk ibu mengandung, berpantang dan menyusukan.

    11. Memudarkan jeragat dan lingkaran gelap dibawah mata. Mengekalkan kelembapan kulit, menghilangkan bintik-bintik hitam, membasmi bakteria jerawat dan merawat parut di wajah.

    12. Mengandungi nutrien yang tinggi sesuai bagi ibu mengandung dan yang lagi penting meningkatkan penghasilan susu ibu dan kesannya dapat memberi kulit bayi cantik dan sihat.

    13. Meningkatkan pertahanan kulit dan mengurangkan kecenderungan kulit daripada dirosakkan oleh radikal bebas dan keradangan.

    14. Menguatkan akar rambut dan menajdikan lebih bermaya. Berupaya mencantikkan kuku dan sihat.

    15. Mengurangkan kadar kolestrol, mengurangkan selulit dan strenchmark.








    Untuk tempahan / pertanyaan:

    SMS / WHATSAPP 016-6572962



    Friday, 4 January 2013

    COPY - [Kisah Benar] Kerana dia seorang Ayah


    [Kisah Benar] Kerana dia seorang Ayah 

    Ada seorang bapa datang ke kedai, melihat-lihat seperti pelanggan lain. Aku menerjahnya, "Pakcik, laptop..." - dia tersenyum dan masih melihat-lihat laptop yang ada di kedai. Aku menyambung lagi, "Nak beli untuk anak ke?", "Ya, nak beli untuk anak - dia nak sambung belajar - laptop yang mana yang ok?". Aku mempromosi barang seperti biasa - aku biasanya mengsyorkan yang paling murah. "Kalau nak yang bagus mahal pakcik - tapi kalau setakat nak buat belajar yang nie lah, Samsung - seribu seratus lebih je...". Dalam aku bercakap dengan dia, dia banyak diam dan seperti berfikir. Sedikit lama dia terdiam, dia membuka mulut "Nanti saya datang balik ya, duit tak berapa nak ada lagi ni..." - pergi dengan suatu perasaan yang lain.

    Aku dengan rutinku berkerja setiap hujung minggu sahaja, kebetulan - aku duduk di kaunter menunggu pelanggan - dia datang semula ke kedai, tapi dengan anaknya - perempuan. "Yang mana ya yang haritu, ada lagi tak?", "Yang nie Samsung haritu, tapi yang nie stok baru - harga sama je", aku menyambut soalan nya. Dia bertanya kepada anaknya, "Yang nie ok ke dik?" - "Ermmm, ok ke nie murah je - karang rosak karang susah..." jawabnya dengan muka yang kurang puas hati - anaknya seperti menginginkan yang lain yang lebih mahal. "Yang acer nie x boleh ke ayah?", ayahnya terdiam seketika dan menyambut dengan negosiasi, "Yang acer nie berapa boleh murah lagi?" - "Yang tu tak dapat dah pakcik,... Dah harga kos dah tu..." aku dengan rasa geram namun masih dalam nada yang baik menyambung lagi, "Dik, nak laptop untuk belajar kan... Rasanya kalau untuk belajar - yang nie lebih dari cukup - rosak tak payah pikir sangat - warenti setahun.". Aku mengeluarkan kata-kata tersebut atas dasar aku seperti mengerti kerut wajah bapanya.

    "Oklah, yang ini." jawab anaknya. Sedang aku menulis resit dan membungkus laptop dari meja 'display' - aku terpandang bapanya yang mengira duit untuk membayar - aku nampak dompetnya kosong - habis semua duit digunakan untuk membayar laptop. Dia menyerahkan duit kepadaku dan aku mengiranya semula - dia melihat tanganku yang mengira. Habis aku mengira - wang aku masukkan dalam cash drawer, "Cukup duit tadi dik?" - "Cukup, Terima Kasih ya...". Dia dan anaknya meninggalkan kedai. Aku hanya menahan airmata mengira duit yang diberikan - RM1, RM5, RM10 dan hanya sekeping RM50. Aku membayangkan dari mana si ayah mencari duit untuk membeli sebuah laptop untuk anaknya - penuh harapan.

    Aku geram kepada anaknya - seperti dia tidak tahu ayahnya bagaimana - hanya tahu minta. Aku tahu ayahnya tiada duit, dia dah sebut awal-awal pada aku, aku nampak airmukanya, aku perhati sekeping-sekeping duit yang diserahkan. Aku tahu dia tiada duit pulang ke rumah dan perlu 'mengais' untuk hari esoknya.

    Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin...
    Izzuddin Fauzi


    i miss my father :(
    taken from : AdaAkuKesah Page

    Wednesday, 2 January 2013

    asalkan panjang, tu dah okay dah


    apelah kan, pegi stalk isteri nabil pulak dah :0 cuma nak tahu je betul ke isteri dia lecturer? haritu kitorang semabng2 pasal dia. hahaha nabil pandai jugak speaking english. lancar je dia sebut. rasa hebat pulak bila tengok dia :)

    macam biasa, sini pun takde ape nak cakap sangat. tapi ada yang baca eh? ihiks lawak lah awak ni. awak yang baca ni, hello everybody~ ni ayat si bimbi dan bonni lah ni. setiap malam tengok cerita ni sikit2. pastu baru tertido. perangai orang yang tengok ni pun macam budak2 je. itu pasal layan cerita ni kan. hahaha :D

    untuk kyra, mas taktau nak komen kat blog kyra tu macam mana. terima kasih sudi komen kat sini aritu. ahaha kelakar nyeeee lahai. dah lah background blog mas ni pun macam kanak-kanak riang je. ni semua bende lama. malas nak edit. biarkan ajelah. bila kene kutuk nanti baru tahu erti penyesalan ;) 

    esok, kemungkinan nak pergi bbq dengan kawan-kawan sekelas. tapi tengok dulu lah macam mana. ada kata jadi, tiba2 tak jadi nanti. haaa jangan letakkan harapan yang tinggi sangat ajelah.

    minggu ni punye weekend mungkin sibuk sikit kot? semua subjek dah ada esaimen. buat nye belum lagi. dah kene marah, tapi tak buat2 lagi ;) marah ye awak? hehehe tak cakap pape pun suruh buat apa, pastu tiba2 marah :p 

    bila lah nak buat entry yang elok-elok sikit perangai ni. bila dah update blog ni kan, automatik kat twitter dah rasa tak berminat pulak nak main. hahahaha macam ape aje kan :D

    nampak tak otak aku cuma boleh berjalan setakat macam ni je. cakap bende kosong. takde hala tuju. takde matlamat. objektif pun tak ada. wahahaha sampai bila lah nak jadi macam ni. kalau nak ubah pun, takut nanti diri tak gembira pulak. sekarang dah macam ni, rasa gembira. kurang rasa nak marah. nak nangis ke ape semua yang negatif tu susah sikit nak rasa. hihihi yessss! best kan bilaa kita takde masalah nak kene selesaikan.. 

    baca blog orang, diorang punya merapu masih boleh diterima akal. ini blog ni, memang tak boleh terima akal lah. hahaha mintak lah pasal ape2 yang korang nak tahu. nanti aku tulis kan. haha :D

    Monday, 31 December 2012

    Tahun baru ku kini di merbok :)



    ini pertama kali buat entry tulis tajuk dulu baru tulis isi dia. tah pape kan tajuk? ni kalau sape2 baca, mesti kene bahan kan. walaupun dalam hati je. ohmaiiiii T_T

    sambil menaip sambil makan m&m kawan bagi, perisa peanut. rasa dia macam makan coklat apetah tu yang dalam plastik kaler merah tu. lupa lah nama dia :( hahaha tapi takpaaa coklat ni pun orang belanja. mahaiii tau dak dia beli, ada harga kat plastik coklat tu. sedih tengok nya Y_Y

    rasa kelakar sangat bila tulis ni. macam tah papeeee je. nak cakap apa pun taktau. nak sembang dengan orang, sini mana ada orang. oh lupa. ni dah malam. esok ada kelas pagi. nak kene iron baju, tapi tu kerja last-last sebelum tido. sebabtu bila iron baju, selalu tak perfect pun baju tu hilang kedutan. buat kerja sambil lewa je~ pernah aritu buat kerja apa tah sambil baring, pastu mama kata "cubalah buat kerja sambil duduk" hahahahha terasa taww kat situ. makan pun nak sambil baring jugak. mengada much kan?

    ni nanti sebelum tidur nak tengok bimbi dan bonni lah. fon tengah cas. harap2 boleh tengok movie tu pastu baru tido. penat sangat lah harini. dengan tidur tak cukup nya. haiyaaaaaa

    macam biasa lah, ni entry tahun lepas. kejap lagi kalau post lambat sikit je, dah jadi entry tahun depan. sekejap je masa berlalu. dah nak masuk tahun baru.

    apa yang paling aku menyesal penah buat selama ni? taktahu lah. kalau nak kata pasal study, smua rasa nya okay. walaupun aku ni bengap lah jugak sikit. dengan slowww nye lagi lahmak haiii kawww haaa nasib baik last2 minit ada jugak effort nak belajar betul2. takut betul dengan sem 4 ni T_T nampaknya bukan honeymoon semester dah kali ni :( kene struggle lagi teruk dari sebelum ni. subjek yang belajar semua susah gilerr nak ingat. faham tu faham. tapi kalau dah keturunan makan kepala ikan kan, payah betul lah nak menghafal ni. hm takpa, kita cuba yang terbaik k? hehehe

    hye semua orang~ rasa kelakar tak aku cerita macam tah pape niii. esok lusa kalau ada yang kata, i read ur blog. rasa kelakar nyeeeeeeee :p tadi pon ada yang kata dia baca apa tulis. ape lahhhh lawak sangat. sanggup nah kau baca semua ni :D aku pun taktau nak tulis semua ni untuk sapa baca. kalau gambar? ada banyaaaaak gambar. tapi takde masa nak bubuh watermark bagai. cemana nak upload kan. tengok lah nanti kalau ada permintaan baru lah bubuh. tu pun kene usahakan jugak tu. hahaha

    ini kalau pakwe baca mesti kene gelak ni. buang tebiat aku meroyan sorang2 kat sini Y___Y
    banyak sangat pulak emoticon sedih, nangis dekat sini. macam bosan kan? huhuhu entah lah. memang tengah bosan. ok, time to iron baju. *padahal pegi tengok bende lain*

    selamat menyambut tahun baru masihi semua :)

    sembang sampah (borak kosong)



    harini hari terakhir dalam tahun 2012. sigh. bagitahu bende yang orang dah tahu buat apa kan? sebenarnye apa yang orang nak tahu? kalau lah ikut apa yang aku rasa nak tahu, buat masa ni apa yang nampak depan ata itu lah yang nak diambil tahu. tapi sekadar sekali lalu, lepastu buang entah ke mana. bukan nak sangat buang pun, tapi dah ada bende lain yang jump into our brain lepastu kita kene fikir, lupa dah perkara pertama yang kita fikirkan. betul tak? hahaha

    apa lah aku nak sembang ni. hanya tulisan. takde gambar. sekarang ni ada gap kelas. sekarang pukul 2.22 (waktu entry ditaip) jap lagi pukul 3.15 dah kene bersiap-siap untuk kelas seterusnya. malang betul, tak boleh sambut new year . tapi memang tak pernah sambut pun. macam pegi party ke sambut kat dataran ke, tak pernah hokeyyy. bahek tak hakak? ahaha entah. rasa nak cuti je. kalau cuti, tak payah fikir masalah yang ada.

    kali ni dah ada assignment yang nak kena di selesaikan. aku ni kan sebenarnye tak berapa minat nak buat kerja dalam kumpulan. tapi lecturer suka bagi kerja dalam kumpulan. aku macam nak take advantage, biar orang buat kerja, aku dapat nama. tapi aku yakin dan pasti mesti nama aku paling busuk sekali lah nanti. hahaha no no no takmau takmau buat macam tu k? ;)

    sepanjang aku tulis ni, bukan baca balik pun apa aku tulis, andai ada typo ke, ketidakfahaman ayat aku ke, lantak kkorang lah eh. hahaha taklah.. kalau tak faham pape, jom kita gelak sesama dalam ruangan komen tu :p kenapa bahasa kan diri aku eh? kenapa tak guna yang lembut sikit? tapi bila guna yang lembut sikit, rasa segan lah pulak. sendiri nak baca pun segan. hahahahaha

    entah kenapa ada entry ni? taktau. bukan takda kerja nak buat. ape tah yang aku nak ni sekarang. aku ada masalah sikit kalau orang yang suka marah ni. pastu nanti bila kau dah okay, aku tetap teringat lagi yang aku kene marah. tak boleh nak lupa. macam mana lah orang boleh lupakan sesuatu tu dengan mudah je. aku ni pun pelupa jugak, tapi bila tiba-tiba terfikir, haaa jadilah teringat balik. haa gituuu kaww :D

    semalam baru nak tahu macam mana guna usb untuk cucuk kat laptop. lama dah aku nak belajar bende ni. tak sangka senang gilerr nak buat. hahaha rasa tolol sangat je aku. pastu sekarang rasa nak buat broadband ni ada wifi dah berkurangan. nanti lah buat. sebabnya cuma nak guna wifi kat fon untuk scan bar kod weChat je. macam tak berbaloi pulak beli internet mobile semata-mata nak buat macam ni kan. takpe lah simpan duit. awak tu bukan banyak duit pun...


    Sunday, 30 December 2012

    luahkan apa yang tak terluah oleh kata-kata hanya di hujung jari



    Assalamualaikum :)
    sekarang dah semester 4, duduk dekat merbok lagi. ade 'belen' lagi 3 sem nak habiskan diploma ni. lama ke? aku ni kadang2 rasa lama. kadang2 rasa sekejap je. selalu nya bila dah final, rasa sekejap. bila cuti rasa sekejap. bila belajar, baru lah nak rasa lama. hahaha macam ape aje kan?

    ni tulis je lah pape saja nak sembang, takda isi sangat pun. macam mana kehidupan aku sekarang? hmmm tak pasti lah. semuanya rasa macam okay. tapi taktau lah cemana. waktu tengah menulis entry ni, aku, mengantuk nye lahaii rasa. korang yang baca tak rasa mengantuk ke eh?

    jap lagi malam nak pegi bilik yana, buat esaimen. asal buat esaimen sebelum-sebelum ni je mesti aku dok tercongok je kat tepi org, sebab laptop kan takde nak buat kerja. aku tinggalkan kat rumah waktu 3 minggu pertama, sebelum cuti mid sem haritu. ni dah bawak balik merbok dah. bawak dengan 2 novel lagi tu. nampak tak betapa aku sediakan barangan bila bosan? ahaaa

    lagi nak cerita apa eh? nak gambar ke? nanti lah bila rajin nanti up entry bergambar pulak. sejak ada twitter ni rasa segan nak post kat blog. ini pun rasa taktau nak share kat twitter ataupun tak enty yang ni. rasa maluuuuuu giler orang baca. dah lah sampah je sembang. aku ni mana reti nak bersembang pung-pang dengan orang. tapi gelak, ketawa berdekah haaa tu aku punya favorite!

    haritu abang tetiba tanya, aku punya blog nape tak aktifkan. amboi abang pun tau aku punya blog ni. hahahahahahaha ini rasa lawak giler! dalam blog ni dah lah ada cerita pasal jaga anak-anak dia dulu. waktu tu kecik lagi anak dia pun. maluuuu nye lahaiii :p lagi entah sape2 tah yang baca kan. menyampah tak korang baca? nanti kalau pakwe baca ke , kakak baca ke. mesti malu giler. hahaha poyo sangat kan?

    sekarang dah bawak balik broadband dekat merbok. haritu sebelum bawak balik broadband kemain berangan nak update blog hari2 kononnn. huhhh tu pun harap2 terjadi lah betul2. ape bende lah aku cerita ni.  -___- macam cerita sebelum tidur aje kan?

    eh! roomate kite ni baikkk~ ni dia tolong basuhkan baju kitewwww. huhuhuhuhu thank you roomate :) sabun+syiling semua pakai dia punya. hahaahaha siot je kan?

    oklah. jumpa lagi lain kali. tak pon malam kejap lagi ke kan ;) korang jangan lah baca entry2 yang lama tu. maluuuu laaaaaa. hahaha okbye~ :p

    Saturday, 3 December 2011

    KITA TAK SELAMANYA HARUS BERGANTUNG HARAP PADA KAWAN


    ini kisah yang terjadi antara kita. aku yakin, ramai antara kita yang lalui bende ni.

    benda ape?

    alaaah, kita ni mana lah boleh buat semua bende sorang2 kan. tak bergerak bende tu kalau kita nak buat sorang2.

    contohnya macam nak buat rumah, mana ada orang buat rumah sorang2. mesti akan ada group untuk siapkan rumah tu.

    TAPI!

    sampai bila kita nak mengharapkan orang je yang buatkan semua benda untuk kita?
    sampai bila kita nak biarkan diri kita ditindas oleh manusia di sekeliling kita.

    lagi2 bila dah duduk jauh dari family. semua benda yang kita nak buat, orang terdekat yang tahu, cuma kawan kita.

    Jangan lah pulak kita memperbodohkan kawan2 yang ada tu untuk kepentingan kita sendiri kan?

    Cuba move on alone tengok. boleh tak hidup? kalau boleh bagus lah.. kalau tak boleh. kita kena cuba untuk lakukan nya. Tak semua benda kawan2 dapat tolong.

    Macam mana nak berjaya kalau kita sendiri yang malas nak lakukan sesuatu untuk berubah.

    ingat!

    Orang lain tak boleh ubah diri kita, selain kita yang berubah untuk kebaikan diri sendiri ;)

    BM112 <-- bagi kehidupan baru kat aku ;)


                 hehehe tak tau cmne nak mula +.+

    dulu mula2 aku nak masuk uitm , byk info yg aku carik.. pasal environment kat uitm kedah tuh.. pasal kos aku.. subjek yg aku akan belajar... bape lama aku kne blaja.... mcm2 lah... byk group kt fb yg aku join... semata2 nak tau pasal ape yg aku amik ni jalan yg betul ke tak.heh.

    kat uitm aku amik kos pengurusan bank / bank management / banking *dan nama2 yg seangkatan LOL

    masa mula2 dpt kos ni mmg tak jangka yg aku akan dpt bende ni. uhuhuu tp takpe aku try jugak. mmg jauh terpesong dari sains stream yg aku amik masa spm.. 

    kalau dgr dari ckp2 org, DIORG kata kos aku tak best . susah nak dpt keje.. sebab takkan semua graduan nak pegi serbu bank kan? LOL aku pun mcm ape je.. kuat kan hati jugak nak pegi... padahal ade je tawaran matrik. tp takmau gi matrik.. matrik lagi susah kot +.+ (padahal org lain pun lalui bende yg same.sigh)

    masa aku nak masuk dulu aku dah search dah serba sikit pasal kos aku ni. tapi tak byk info pun :( mai aku plak yg tolong kasikan info yg dulu2 tu aku tercari2 :p

     SUBJEK2 YANG BELAJAR (part 1)

    1. FUNDAMENTAL OF MANAGEMENT (MGT)
        
        mula2 belajar subjek ni rasa susah ya amat! dah lah kne membaca. buku2 yg ade cume tulisan je (takda gambar) +.+ sampai ada budak kelas aku kata, kalau buku mgt ni mcm komik, dah lama dia baca kasi abes LOL 
    Mana tak nye, 1st kuiz je dah teruk nak mamp....... sebaik dpt lecturer baik.... dia suruh kitorg repeat kuiz.. yg repeat nye tuh lg senang (mana tak senang nye duk copy org sbelah sbelah. ahaha) Tapi bila dah lama2 belajar, rasa senang pulak.. ye lah kan dah abes semua bende dlm buku tu kita blaja... waktu nak exam mmg kne revise balik je lah...  semua ni in english.. jawab exam pun in english... hhehehe

    2. INTRODUCTION TO ACCOUNTING
         
        yg ni pun masa mula2 belajar dulu susahhhhnyaaaa! ishh bila fikir2 balik rasa kelakar pun ade :p subjek ni org kata sama je mcm spm.. aku mana lah tahu.. ape yg aku nak pesan... jgn takut untuk belajar benda baru.. tak semua susah macam apa yang kita bayangkan.. duduk asrama lagi best.,.. belajar dengan kawan2 sampai tengah malam.. gunakan kawan2 tu dengan sebaik mungkin.. tak baik gunakan kawan untuk kepentingan kita je.. tapi kalau untuk kepentingan bersama TAKPEEE! hahahaha

    3. BUSINESS MATHEMATICS

    memang tak dinafikan, ni lah subjek paling senang antara yang lain2 subjek tuh.... tapi matematik nih aku minaaat sangat. tak heran lah kalau aku kata ianya senang . LOL T__T semua topik yang belajar dalam subjek ni penuh dengan macam mana nak kira duit... tapi fun lah belajar.. dapat pulak lecturer baikk :) aku pernah nak lawan lecturer, pasal formula yang kena guna.. akhirnya aku kalah sebab aku yang salah formula T__T malu kau kat situuu.. ahahaha.. tp untung lah jugak, lepas tu ade kuiz keluar soalan yang sama... boleh jawab! THANK YOU MISS :)))))

    4. BEL120 (aku tak ingat nama penuh subjek nih)
    yang ni sama je macam english spm.. cuma takde bahagian novel..... dia punya test ada 3... listening test, grammar test dengan speaking test.. hahaha tu jeh dia punye test... tapi carry mark paling banyak wooo!!!! part carry mark lah budak2 kelas aku jatuh... termasuk dengan aku aku sekali jatuh T__T kalau sapa2 waktu spm dulu english dia tak belajar sangat.. sama lah waktu kat u ni pun... bukan belajar sgt.. pegi kelas tengok movie... lecturer yang pasang... tak pahammmmmm.. pastu aku pegi kelas bawak sebatang pen je... lagi tak pahaaammmmm T__T

    5. ASAS AKIDAH ISLAM (CTU)

    ni pulak satu2 nya subjek yang belajar dalam bahasa melayu... sama jugak macam spm dulu... cara nak jawab kena jawab dalam esei yang panjang berjela.. markah 10 +.+ hihihi tapi overall semua ok... tak susah sangat... yang penting baca buku..... baca nota lecturer bagi.... kalau taktau jawapan... tolong lah tulis yang selogik mungkin.. hehehehe

    6. KESATRIA NEGARA

    hehe yang ni paling kelakar... kau orang yang dulu malas nak pergi berkawad bagai waktu sekolah tu takpe kan? cikgu tak marah kan? yang nih BENDE WAJIB OKEH! semua kene terlibat.. kau tak datang kawad kau repeat! mau kene repeat?? hahaha lebih baik dtg weyy! senang je.. waktu exam jurulatih yang bagi jawapan.. ape nak lagi? hahaha


    Inilah serba sedikit tentang apa yang aku belajar waktu sem 1 kat uitm kedah... dengan gpa 3.67 Alhamdulillah DL... walaupun tak capai target 3.7 kan.. tak pa lah... aku nak jadi mcam hanis zalikha ;) pandai, lawaaa.. semua nye lah.. and! aku baru tahu yang elia (jejari runcing) pun amek kos yang sama dengan aku.. hahahaha
















    Saturday, 12 November 2011

    Teringat Masa Aku Ambil SPM dulu ;)

    Tak berapa nak ingat bila tarikh spm 2010.. 20 November eh? tahlaaa...
    Macam biasa lah. paper first jeh mesti bahasa malaysia kan? Waktu ni memang cuak lah. sebab first time nak masuk periksa kan.. padahal masa buat tuh, ape pun tak ingat.. rasa cam exam biasa je ponnn... (mungkin sebab aku duduk dalam kelas, bukan dewan -,-)





    Aku dulu amik sains stream. jadi ada lah belajar bio, kimia, fizik sikit2 (sikit lah sgt kan =.=) waktu spm dulu paper yang biasa2 ni (bm,bi,math,agama,sejarah) takda nak risau sangat. (tapi bukan dapat semua A pun =.=)Bila mula je paper tough2, baru rasa tak boleh nak tido malam. Asal malam je rasa nak pegi belajar lagi.. padahal dah penat sangat kot waktu tuh..... ape yang aku buat sampai penat tuh pun aku taktau lahh... LOL



    Paper tough pertama yang kena hadap ialah ADD MATH. ada yang kata add math senang .. ade jugak yang kata add math  susah (aku lah tu) Seriouslah.. bagi aku add math ni susah waktu mula2 belajar.. yg function je reti buat. yang lain tak ghetiii aiiii.... tapi disebabkan kakak aku kata, add math senang, aku try jugak cari kat mana senang nye tuh.. hahahhaaha .. ok godek2 past year, jumpe! bentuk soalan sama je... kau tinggal hafal macam mana nak jawab... okeh! waktu spm memang bengang gile... add math kan boleh pilih2 soalan mana yang kita nak jawab, mana yang taknak jawab... sekali keluar satu soalan WAJIB jawab (sepatutnya tu soalan pilih2 nak jawab ke taknak, kalau mengikut past year lah kan) aku dah confirm yang ni tak reti jawab.. memang aku takmo jawab pun soalan tu waktu buat latihan pun aku takmo buat.. hahahaha padan muke aku! dapat lah kau B kat situ.... aku rasa kalo aku buat soalan yang aku tak reti tuh, boleh kot dapat A ??? hahahahaha




    Pastu paper yang lain-lain aku tak ingat sangat... tapi aku ingat waktu paper fizik! yang ni memang aku retiiiii (bluek) belambak kot! aduhaiiii, aku dah bajet dah ni harap lulus je lah.. jgn failed sudah... alih2 memang betul pun lulus je aku dapat =.='' aku kesian kat cikgu yang mengajar aku fizik ... penat2 dia ngajar, lembab jugak aku waktu exam ape pun tak retiii.. hahaha sayangnyaaa~ Hmmm waktu dapat result, aku gi jumpe cikgu yang ajar aku fizik nih... Belum sempat aku buat pape, ciktu tu dah tanye "boleh saya tengok result awak?" hahaha dengan pantas nye aku jawab , tapi fizik saya D ;) *sengihsengih* cikgu kata, "takpaaaaaa, kalau waktu exam awak rasa susah nak buat, berbaloi lah dengan apa yang awak dapat"
    kemainnn kau cikgu bagi nasihat sedap hati.. taktau nak sedapkan hati aku ke ataupun cikgu nak sedapkan hati dia sendiri.. kuikui... berakhirlah kisah fizik....




    Kimia pulak, aku tak bazeet lah pulak dapat B =.= tetiba dapat B. Alhamdulillah..... guru kelas aku cikgu kimia... dia yang ajar kitorang.. punye lah penyabar cikgu nih... perangai anak murid semua gaya monyett pun dia boleh sabarrrrr je lg... hehehehe Dia kata kelas kitorang dia ajar yang paling best! hehe kitorang pun rasa cikgu ajar yang palinggg best ;) cececeyyy!




    Bio pulak last paper, malam sebelum paper bio, aku boleh bantai tengok amazing race asia pulak kul 2 pagi.. gasak lah esok nya bio memang dia tanya amazing race tuh sape yang menang kann.. hahahaha nak wat cemana, dapat lah ko C+ sebaik C+..... aku pun taktau mana datang markah bio aku... ape aku belajar, bukan aku ingat dah sekarang nih,, hihi kuang ajo kan aku. dapat ilmu semata-mata untuk exam... tak elok amalkan benda nih... kita kalau nak belajar, biarlah ingat apa yang kita belajar... jadi pengajaran buat kita untuk masa akan datang (kemain yakin bercakap, ape yg belajar kat universiti pun ko dah lupa kan)




    Bila habis je paper bio tuh. balik rumah terus buanggg semua buku,,  kemas rak buku kasi CLEARRR! satu barang pun aku tak tinggal.. termasuk buku kakak aku pun aku lempar =,= hihi
    pastu ade junior datang mintak buku, aku cakap aku dah bagi orang lain. padahal aku dah buang. tapi betul lah ade jugak buku aku bagi orang, tapi aku bagi sape aku pun tak ingat. semoga buku2 aku tu berguna untuk kau orang yg guna tuh ye :p





    Sekarang dah tiba masa nye untuk budak tahun 1994 pulak kena amik spm ;) bende yang sama je diorang akan lalui.. aku doakan semoga diorang berjaya.. berjaya naikkan nama sekolah aku yang orang kata cume bagus sukan je -,- tapi takpe, aku bangga dapat sekolah situ.. kalau tak sekolah situ, takde lah aku perabih duit minyak bapak aku duk ulang alik antar amik aku dari sekolah. heheheehe




    Last but not least (amboi!) , spm tu sekali je buat, takde repeat repeat.. aku dulu kalau tak, paling teruk spm aku pun mak aku suruh belajar jadi nurse -,- sebaik lah tak seteruk tu spm aku sampai kena jadi nurse.. hehe eh tadi mcm nak abes tetiba ade sambungan lagi -,- spm boleh repeat lagi, bulan julai tahun depan. kau mahu repeat ? tak payah! sambung diploma je... yeee, semoga otak korang yang nak amik spm nih macam buku.. ape nak semua ade. kalau nak otak macam google, jangan lupe rebus laptop sekali dengan modem internet, minum semua benda tuh. sekian,,, selamat mencuba ! (den guwau yo)



    Friday, 11 November 2011

    Pengalaman Budak Baru (mungkin ada part)

    ENTRY TANPA GAMBAR

    Dah lama tak cerita pasal diri sendiri (sebelum2 nih penah eh cerita pasal diri sendiri? =.=)
    walaupun dapat banyak kutukan kalau kita cerita pasal diri sendiri. tapi aku tetap gagahkan hati menulis untuk taktau sape yang baca LOL



    Dah hampir 5 bulan aku kat uitm kedah (5 bulan mende! dah habis semester 1 dah) baru aku dapat kongsi cerita.. tu pun sebab aku kebosanan taktau nak buat ape dah sepanjang cuti semester ni. tapi cuti semester ni lah yang paling best bagi aku.. tak sama rasanya dengan cuti sekolah... sebab cuti semester ni lah kita boleh rehat habis-habisan.. lepas ni bila dah sambung part 2 balik mesti lagi bertambah sibuk kan? lagipun cuti sekolah dah ade dalam kalendar.. semua orang tahu bila sekolah akan cuti.TAK SURPRISE lah kalau macam tuh! hikhik



    buat permulaan.. aku nak kongsi pasal mula2 aku datang uitm dulu.. nostalgik betul aku rasa...



    sebelum aku nak berangkat ke kedah. aku dah siapkan mental. aku cakap kat diri sendiri, orang pertama yang aku jumpa kat kedah tu nanti, dia lah yang akan jadi kawan aku... aku pegi sana dengan tak kenal sapa-sapa. taktau ape yang aku akan belajar. barang-barang nak belajar pun aku tak bawak. aku cume bawak barang-barang yang aku guna waktu spm dulu je (sadis betul)




    aku sampai uitm dalam pukul 12 tengahari. prosedur dia senang je. masa sampai dalam uitm (still dalam kereta) ada orang bagi kunci bilik. dia kata family boleh naik bilik, tapi pukul 3.30 semua dah kena turun.. so, masa tu aku cuma ade lebih kurang 2 jam lebih je untuk mengemas. Kebanyakan barang-barang yang aku bawak bukan aku yang kemaskan masuk almari. tapi kakak ipar dan kakak dia yang tolong kemaskan barang2 aku. aku rasa terharuuu sangat. kalau takda diorang agaknya takdalah baju kurung aku tergantung elok guna hanger. takde lah meja belajar aku berbalut semua. nak tunggu aku yang buat? haremmm! ;)




    Bila dah nak pukul 2 lebih macam tu, aku turun gi makan kat dewan makan. bila pandang je makanan yang ada aku dapat rasa macam tak sedap. bila dah makan, memang betul pun tak sedap =,= masin. sampai sekarang pun (sebelum cuti sem) makanan kat dewan makan tu tetap masin T___T



    Dah habis makan, student baru ni semua kena beratur kat satu tempat ni (parking amende tah) kat depan pejabat kolej (kat sini jugaklah ada sukan kolej buat.hewhew) bila waktu beratur ni lah aku jumpa kawan aku yang sampai sekarang aku still kawan dengan diorang lagi ;)





    kami sama-sama tak mahu kena panas waktu tuh, jadinya kitorang berteduh bawah bumbung tempat parking kereta....... dekat sini lah aku jumpa chan dengan liyana (diorang kawan dari sekolah lagi) ... mula2 perkenalan memang sekor nama pun aku tak ingat. tetiba datang pulak lagi sorang (lara berrie) dia ni lagi tak boleh blah. kelam kabut semacam je. tetiba dia tanya waktu orientasi kena pakai tudung ke (aku pun taktau waktu orientasi kena pakai tudung..haha) macam ni je lah cara kitorang berjumpa masa mula2 tuh. pastu duduk sekali sepanjang orientasi 7 hari tuh :) sampai sekarang still kawan dengan diorang lagi.. hehehe





    lagipun kitorang satu kelas, jadi nya memang senang lah nak rapat. tapi sebenarnye bukan satu kelas. waktu nak bahagikan kelas, kitorang dapat kelas lain2. kecuali aku dengan chan. kitorang dapat kelas sama. koordinator kata, kitorang boleh tukar ikut suka sama suka ;) jadinya liyana dengan lara pun cari lah orang nak tukar... jadilah kami satu kelas KBM1121C :) next semester pun kelas yang sama.. cuma tukar 1C kepada 2C. ye lah kan dah naik sem 2 dah.. hehe




    Bila ingat2 balik , sekejap je masa berlalu~ aku dengan kawan-kawan sekolah menengah pun dah banyak lost contact (aku dah tak tukar2 nombor mcm dulu lg tau).. lagi2 semenjak aku dah takda fb ni.. harap2 mereka semua berjaya dalam bidang masing :)




    p/s : spm aku teruk (tp ade yg kata tak teruk sgt.terima kasih bagi semangat.) sebab tu aku pilih uitm. kalau spm aku bagus, dah lama aku masuk matrik. hehehe

    Thursday, 10 November 2011

    PESANAN UNTUK CALON SPM 2011


    pejam celik pejam celik dah nak setahun aku habis spm... sekejap je masa berlalu... huhuhu

    Sekarang dah tiba masa orang lain pulak rasa macam mana aku rasa dulu ;)

    takda lah pesanan sangat pun... tapi cuma nak bagitahu benda2 penting yg tak sempat aku nak buat dulu =.=

    1. buat chill je.. (tipu) hahaha ye lah.. aku dulu nervous sgt. sampai byk buku2 ygtak sempat aku nak habiskan *alasan

    2. paper first bm kan? kalau korang yg selalu rasa masa tak cukup nak buat karangan, takde idea nak tulis apa waktu trial aritu.... jgn bimbang.. wktu spm tu nanti waktu paling tenang jeee.. semua orang akan senyap.. mmg lain rasa nya dengan exam2 yg biasa...bila dah tenang tu, banyak idea yg datang mencurah2... cari key point.. jgn terpesong. hehehe

    3. pasti ada gap antara paper 1 ngan paper 2 kan? waktu ni korang tolong lah jgn balik rumah.. walaupun 2 3 minit je... waktu2 ni lah yg sangat berguna.. bincang dengan kawan pasal next paper.. bukan bincang pasal paper yang dah lepas tuh...

    4. makan bila ada masa untuk makan.. hehehe jangan tahan lapar waktu buat periksa.. tak baikk okeh! susah nak fikir kalau perut duk berkeroncong jeh...

    5. INGAT! bawak slip exam, pencil case, handphone ;) , IC pun penting... pastu tolonglah datang awal...... 

    6. Salam mak ayah.... kalau ade nombor fon cikgu yang mengajar tu lagi baik.. pagi2 sebelum nak buat exam tuh minta restu ngan cikgu...

    7. Jangan lupa berdoa..

    8. Ingat untuk berjaya.. buat sehabis baik yang boleh.. jangan buat cincai2.. sekali seumur hidup je exam nih... lepas dah habis periksa tuh memang rasa lega sangat2!! :D hahaha

    9. jangan cuba2 jeling2 jawapan orang sebelah... buat tambah cuakk je.. tak percaya,,, try lah nanti ;) LOL

    ini je kot yang mampu aku fikir... kalau ada lagi nanti bisa ditambah ;)

    orang kata, kalau spm tahun lepas dah susah.. tahun ni senang.. entah lahhh.. yg penting, kalau belajar, senanglah.. kalau tak belajar tu yang jadi susah T_______T

    SEMOGA BERJAYA jawab peperiksaan dengan jayanya.. hoyeaaah! :)

    Friday, 21 October 2011

    TWEET LEFT - NO MORE FACEBOOK!

    HAHA


    kalau nak pape

    cari lah aku kat twitter

    SEARCH - masazimah

    http://twitter.com/#!/masazimah

    aku pun taktauu apesal nak deactivate facebook

    kesian cikgu2 skola aku *dan2 :D

    blogger pun mcm dah gile

    waktu aku tgh taip ni boleh pulak bnde tempat nak taip yg lip lap lip lap tuh xde

    ni aku taip pun main agak2 je

    sebaik tulisan nak keluar.

    ok lah 2 je aku nk ckp

    byeee! :)

    btw, tima kasih laa sape2 yg sudi left mesej kt chatbox tuh. lame dah aku tak layan korang. hihih jahat aku ni :D

    Monday, 2 May 2011

    Perkara yang Aku Takut Terjadi Nanti

    gambar : dunia ku gelap. tp masih ade cahaya. tak percaya sila zoom

    1. dah nak start sambung belajar, tapi tak tahu dekat mana

    2. nanti terpisah dengan keluarga. kalau sedih macam mana?

    3. jadi makhluk asing *culture shocked* macam mana?

    4. duduk rumah rasa selamat. bila keluar, macam tak selamat 

    5. duduk jauh dari ayah mak, takda duit malu nak minta. kalau dekat rumah boleh minta je sukahati

    6. sembahyang tak sempurna

    7. boleh ke aku adapt hidup tanpa keluarga

    8. Qaisara sape nak jaga

    24. baju kurung takde banyak T.T

    25. dan lain2

    phewwww banyak nyee. laju je aku taip semua ni.. haha
    tu lah yang aku duk fikirkan *kadang2*

    persoalan yang hanya aku sendiri mampu jawab

    aku percaya

    kalau ke mana kita pergi 
    jangan sesekali lupa tuhan
    tuhan sentiasa ada dengan kita

    itulah pesanan cikgu yang aku sentiasa ingat

    tapi aku selalu lalai

    aku juga takut

    akan terus lalai selamanya

    apekah alasan kalau aku lalai 
    malah 
    lupa keluarga aku

    salahkan takdir?

    itulah yang orang kita selalu lakukan *typikal

    huh

    aku tak risaukan pasal bopren. kalau ade jodoh antara aku dengan dia. terima kasih Ya Allah
    kalau ditakdirkan dia untuk orang lain. terima kasih Ya Allah


    Monday, 25 April 2011

    Kalau Lah Aku Minta

    gambar : sekadar renungan
    kalau lah aku minta

    WANG

    pasti dapat

    kalau lah aku minta

    KERETA

    pasti dapat

    kalau lah aku minta

    sebuah jam G-SHOCK

    pasti dapat

    kalau lah aku minta

    NOKIA E-series

    pasti dapat

    tapi tu semua cuma 

    KALAU LAH AKU MINTA

    ape yang lebih penting

    doakan kesejahteraan family aku

    kawan2 aku

    cikgu2 aku

    dan

    semoga

    kehidupan aku

    selepas ni

    akan bertambah baik

    dari semalam.


    semoga diberkati.


    errrrkkkkkkkk. takde duit, susah jugak nak teruskan kehidupan. ye dak?



    D I A L O G

    permulaan

    masuk kereta cek mirror

    bukan tengok cermin! 

    JELING cermin

    masuk gear

    tak tekan clutch tu!

    pegang stering jangan kuat sangat

    clutch!

    clutch!

    terus je

    depan, belok kiri

    pusing habis!

    kemudian
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    saya ni banyak cakap, 

    tak tahu lah orang suka ke tak -_____-

    tapi awak buat saya sampai terdiam.

    hukhuk

    Friday, 22 April 2011

    KENAPA aku tak suka IM chat kat facebook!


    ni memang masalah!
    taktau ape pasal
    aku je ke yang tak suke IM chat ni?

    pekejadah nama menatang ni pun aku taktau..
    main tibai je kasi nama IM chat (haha)

    sebab yg pertama
    BOSAN

    contoh

    dia send dulu

    hyeee

    2 saat

    5 saat

    tetiba kau off

    hmmm aku dah terbaik mengarang ayat. kau pegi off pulak. ok lah. mungkin kau tak off tu tapi connection slow kan?

    tu yg bosan tu...huh

    sebab kedua
    (aku skip)

    sebab ketiga
    elok2 tengah duk berchat-chat (dah macam cacat aje bunyik)
    tetiba kau hilang
    kau diaaammmm je. mana kau pegi haaa?
    ni yang buat aku bengkek ni. baru nak kenal2 lebey sikit kau sombong kan.
    belaah lah kau. UNFRIEND terus. (haha)

    yang paling best kot
    aku memang tak suka stick dengan satu bende je. byk bende lain aku nak buat selain layan kau dekat IM tu..
    tu yang aku malas nak guna IM chat tu...
    selalu aku appear offline. (haha)


    kalau nak pape, wall aku terbentang luas untuk kau cerita ape2 kat aku.. huhuhu

    much love muaaah!


    **sekarang tukar segala perkataan 'kau' kepada 'aku' dan 'aku' kepada 'kau'
    sebab kita lebih kurang sama jeee tak suka IM chat tu kan? huhuhuuhuuu




    Thursday, 14 April 2011

    TAK DAPAT PUN TAWARAN SAMBUNG BELAJAR

    ini serius!

    sampai sekarang ni aku tak dapat ape2 tawaran sambung belajar lagi pun
    kalau ade pun dari IPTS yang cerita pasal kelebihan kolej diorang

    aku tahu ni pun sebab ramai kawan2 kat FB update status diorang pasal dapat sambung belajar dekat sekiansekian


    yang ni kene interview dulu.. 
    aku pun tak faham macam mana.. 
    ni kira nye kalau dia pegi interview pastu pass interview tu kira dia dapat lah kos ni yerk? camtu ey??
    ABES KALAU DIA TAK PEGI INTERVIEW NI kira dia tak dapat masuk u lah?
    ke ade jugak peluang dia untuk dapat kos lain..
    sebab kat UPU kan kita pilih 8 kos.
    ade yang kene interview dulu.. ade jugak yg takde...

    korang tau kalau interview tu dia tanya ape?? ade pengalaman tak? huhu
    ni untuk kos seni bina ukur bahan amende taahhh -__-



    yang ni pulak dapat overseas.. 
    tapi dia tak tahu lg nak pegi ke tak.. 
    tunggu sponsor kot..



    yang ni plak dah konfem dia dapat.. kos farmasi kat KPJ.. 
    Alhamdulillah tu memang cita-cita dia..
    semoga dia dapat adapt ape yg dia belajar nanti. amin...




    hehe yang ni. aku pun dapat T.T
    tapi aku tak pergi kot.. entah.
    mak aku pun taktahu aku dapat kos ni kat KTAC.. hehehe


    ade jugak kawan2 lain yang dah sambung study diorang..

    tinggal lah aku je masih tunggu peluang aku kat IPTA
    kalau ade rezeki
    dapat lah

    kalau takde
    .
    .
    .
    aku pun tak tahu nak buat pe.. huhuuuuuu


    oh aku ade entry best

    ni cerita pasal secretary

    kalau sape2 minat boleh lah baca pengalaman dia


    kalau ade sesape yang amik nurse
    boleh tak cerita kat aku pasal nurse ni? 
    huhuuu kalau rajin, buat lah entry cerita pasal nurse2 ni yerkk. hehe

    aku doakan kawan2 semua semoga berjaya.. kat korang jugak.. semoga berjaya dalam ape2 je yg korang buat... 

    senyuuuummmm ----> (:




    p/s : status tu mungkin kau punya. aku pinjam ye.. hehe


    kalau rajin klik lah iklan ni

    kalau suka boleh lah

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...